Friday, December 28, 2012

"Kalau ana tak reply mesej, ada dua je sebab. Pertama, ana tak tau jawapan. Kedua, ana nak jaga ikhtilat." -Akh Zahid-
Allah.. :( Terasa headshot pada diri sendiri apabila mengenangkan teguran daripada 'sahabat' seorang ini. Mungkin tegurannya bukan secara direct untukku, tapi kata-katanya cukup terkesan pada jiwa.
Bismillah..
"Katakanlah (Muhammad) kepada orang-orang beriman, hendaklah mereka menahan/ menundukkan pandangan (atau mata) mereka (daripada melihat wanita yang tidak halal) dan hendaklah mereka memelihara/menjaga kemaluan-kemaluan mereka (daripada zina dan liwat), demikianlah lebih suci/baik bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan apa yang dikerjakan mereka." [Surah An-Nur: 30]
 Tiada yang special bila mana kita selesa 'berstatus' enti dan enta, akhi dan ukhti. Selagi mana suatu urusan itu melibatkan lelaki dan perempuan yang bukan mahram, Maka ikhtilat itu harus dijaga. Muslimin tundukkan pandangan. Muslimat kena tegas sikit. Kita sama-sama jaga ok! InsyaAllah. Semoga rantai perjuangan ini tidak di musnahkan oleh 'dia' yang ketiga.  wallahualam. :)


#Mood:Sedang berusaha membina konfiden dalam diri. Hari ini aku masih merangkak, Semoga esok  masih ada sinar untuk aku mula bertatih membuka langkah.Ayuh! Ameen..

   -AiniAfifahMSY.eLsyaheed-

1 comment:

moga sentiasa dibawah rahmat illahi! =)

"Berikanku kesempatan untuk membalas segalanya agar kau tak kecewa untuk kali yang ke dua."


"Berjanjilah Duhai Hati."