Wednesday, December 26, 2012

..
"Masalah dalaman yang berlaku dalam berpersatuan ni selalunya terjadi sebab TIGA perkara ja. Pertama, tak puas hati, kedua nak jadi pemimpin, dan yang ketiga kurang Ilmu. -Ustaz IR-" 

Bismillah..
Menjadi sebaik-baik hamba dan khalifah bukam semudah memetik dua jari. 
Itupun  belum pasti bisa berbunyi.
Hakikat insan memang penuh dengan kekurangan,
Namun tidak menjadi suatu kesalahan untuk memperbaiki diri menjadi sebaik-baik hamba Tuhan.
Teruslah untuk melangkah meski dalam kepayahan..

Kita kan khalifah,
Mengapa mesti diuji dengan perkara yang mudah.
Sedang kepayahan itu perkara Wajib sebelum tiba di Jannah..

Lalu,
haruskah mengalah pada takdir yang sering menghadiahi kita dengan kesukaran yang membuatkan kita terduduk menangis hiba?

Belajarlah untuk tabah duhai hati seorang pejuang!
Tangisan itu pasti tidak akan sia-sia andai langkahmu terus teguh menuju jalannya.

[Quote:Mesej Tarbiyyah]


#Nasihat sang mursyid untuk kami anak muda yang masih mentah di jalan dakwah.


 -AiniAfifahMSY.eLsyaheed-

No comments:

Post a Comment

moga sentiasa dibawah rahmat illahi! =)

"Berikanku kesempatan untuk membalas segalanya agar kau tak kecewa untuk kali yang ke dua."


"Berjanjilah Duhai Hati."