Monday, October 22, 2012

Pecutan Cinta SAYA, DIA dan MEREKA


"Suatu hari kami balik lewat malam dan ketika itu sahabat kami sakit, Ramai yang sudi menghulurkan bantuan meskipun saya tahu mereka juga sebenarnya keletihan." =')


Bismillah...
"Tidak ditaklifkan seseorang itu akan suatu taklifan melainkan padanya suatu kemampuan"

Mesej diterima. Allah.. Allah.. itu sahaja yang mampu ku ucapkan. Terasa diri ini terlalu kerdil untuk memikul amanah yang diberikan.  Bila saya kenang kembali saat diri ini di 'interview', Saya hanya mampu tersenyum. Banyak pahit berbanding manisnya! Boleh tak saya katakan, cukup, Saya serik! Di jalan dakwah ini, saya belajar jawatan dan pangkat itu bukan untuk dilobi, bukan semata-mata untuk populariti.

       Bila semester baru menjelang, persatuan 'kecil dan 'besar' mula sibuk  mencari calon untuk pimpinan seterusnya. Saya suka melihat siapakah generasi seterusnya yang bakal bertanding menjadi pimpinan. Saya yakin sebahagian daripada mereka bukan bertanding atas dasar suka-suka dan populariti, tetapi atas dasar kesedaran 'erti menjadi 'khalifah' yang sebenar. Kawan, seandainya kamu tahu betapa beratnya suatu amanah itu, nescaya kamu tidak akan menerimanya!

      Terima kasih pengalaman kerana telah menjadi 'murobbi' saya yang setia. Saya belajar erti 'menjadi khalifah' yang sebenar. Saya belajar erti hidup. Tipu kalau kalau saya kata kan saya tidak pernah menangis. Terkadang rasa diri ini terlalu letih dan hampir futur. Na'uzubillah. Rencah kehidupan, sesungguhna hidup saya tidak seperit mereka. Bersyukurlah duhai diri. Bersabarlah duhai srikandi Islam. Ikhlaskanlah hatimu.

     Terima kasih sahabat kerana sabar dengan ana. Entum tetap yang terbaik! Semoga kita berjumpa lagi. Selamat berjuang.
"Berat rasanya didalam jiwa untuk melangkah meninggalkan semua. Hati ini sayu mengenangkan sengsara di dalam perjuangan, Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan kedamaian dan jua ketenangan.. Berjuanglah hingga ke akhirnya,  dan ingatlah! ingatlah! ingatlah! semua ikrar kita"

p/s:
:: Along, adik dah tak demam lagi InsyaAllah.
::Ucu, ateh, anje, terima kasih sudi jadi kakak-kakak ana. Semua solehah InsyaAllah.
::My dear twin, cik Afiqah, saya nak balik ni. Saya nak jadi kakak dan anak solehah. InsyaAllah. Doakan saya ye. Tegur saya. Mohon doa semua. jzkk khair. (^_^)


-AiniAfifahMSY.eLsyaheed-

No comments:

Post a Comment

moga sentiasa dibawah rahmat illahi! =)

"Berikanku kesempatan untuk membalas segalanya agar kau tak kecewa untuk kali yang ke dua."


"Berjanjilah Duhai Hati."