Thursday, October 18, 2012

Malam Tautan Ukhuwah

Bismillah.. 
Masa kian berlalu, hampir tak sedar kini fasa 1 sudah hampir ke penghujung.
Fasa 1: Sejujurnya, kami banyak belajar daripada fasa ini. Bermula daripada ZERO, Kami perlahan-lahan  melangkah dan berusaha untuk saling memperbaiki diri dan menyeru yang lain. 
Islah Nafsak, Wadh'u ghairak!

GelombangBiru :Jabatan Perhubungan (Minoriti yang Berkualiti)

GelombangPink: Institusi Pemikiran Daie

GelombangUngu: Akademi Tarbiyah

GelombangHijau: LH Production


Ini adalah sebahagian daripada kami, Gelombang yang tiada dalam gambar: 
GelombangPink (SuruhanjayaHakAsasiDaie)
GelombangPinkUngu (Jabatan Perdana Menteri)
GelombangHitam (Kementerian Kewangan)
GelombangRedahJe (UnitSiasatandanKeselamatan) huhu.. 

Rindu.. Rindu.. Rindu.. :')
"di antara 1000, Engkau yang terpilih.."
Tahu tak saya belajar apa?
Saya belajar:
Pengurusan
Buat program, berurusan dengan 'orang besar', rancang backup plan,
Kewangan
Belajar cari duit
Tambah Thaqofah
Top up ilmu yang ada, Join Talaqqi, Seminar, dan lain-lain. Fiqh Aulawiyyat: Jaga hubungan dengan Allah, keluarga, murobbi, sahabat, dan semua makhluk.
Penting. Penting. Penting.
Munakahat
Err.. yang ni kawan-kawan saya.. 
Muamalat
Belajar bagaimana berurusan dengan yang bukan mahram. (Tiada mesej selepas pukul 12. Strictly)
Ukhuwah
Ukhuwah yang menyatukan kami, saya akui kadangkala terasa sangat letih dan hampir futur. Saya bersyukur dikurniakan sahabat dan room mate Hani, Atikah, Hafizah yang memahami. Allah sangat baik sebab kurniakan saya along, dan dua orang adik yang sentiasa faham dan tak letih melayan kerenah saya. Bila mesej, selalu merepek-repek. 'Penangan Stress!'. Mereka redha ada Kakak, yang bersikap kanak-kanak. huhu. Kalian penyejuk mata saya.. :')

Berkasih-sayang semata-mata atas dasar SATU AKIDAH yang sama. Ukhuwwah till Jannah.InsyaAllah.. =)

"JAGA-JAGA WAHAI YAHUDI, TENTERA MUHAMMAD SUDAH TIBA!"

# Seandainya saya tidak berubah maka bukan agama yang harus disalahkan. Sesungguhnya Saya sedang berusaha untuk menjadi penyejuk mata umie dan abah. Saya ingin pulang dalam keadaan yang menggembirakan hati mereka. Buat kamu, tetamu yang membaca post ini, semoga sentiasa di bawah rahmatNya, Doakan saya jadi baik ye. Saya ingin menjadi penjamin buat umie abah, keluarga dan sahabat di Jannah kelak. InsyaAllah.. Semoga aku bukan fitnah agama.
-AiniAfifahMSY.eLsyaheed-

2 comments:

  1. Saya nampak anda di gelombang ungu! :))

    ReplyDelete
  2. siapa lah sy, untuk berada dalam kalangan mereka "gelombang ungu".. sy hanya 'cameramuslimat' :)

    ReplyDelete

moga sentiasa dibawah rahmat illahi! =)

"Berikanku kesempatan untuk membalas segalanya agar kau tak kecewa untuk kali yang ke dua."


"Berjanjilah Duhai Hati."