Tuesday, July 24, 2012

"Bila kita letih, kita kena tahu kenapa kita letih."
Saya rasa saya sudah cukup sibuk, tapi mereka lagi sibuk.
Saya rasa waktu tidur saya sudah terlalu sedikit, tapi mereka  hampir setiap hari berjaga sepanjang malam.
Saya rasa saya sudah cukup letih, Hakikatnya mereka lagi letih.

 Dia Murobbiku..
 Mereka yang sibuk itu masih kisah tentang "kesibukan" saya.
 Mereka yang tidak cukup tidur itu sentiasa risau sekiranya saya sakit.
 Mereka yang letih itu masih sanggup kejutkan saya ketika subuh.

 Murobbiku..
Mereka juga sibuk, tetapi mereka sempat mengulangkaji pelajaran. Mereka bijak "mencuri Masa" yang ada. Mereka Dean'sList !
Mereka juga tidur lewat, tetapi mereka masih sempat bangun Qiamullail, bersujud mengabdikan diri kepada Allah yg Esa.
Mereka juga letih, tetapi mereka kuat dalama Mujahadah. Mereka tidak tidur selepas Subuh. Dikala subuh hening, mereka menyibukkan diri dengan liqa' dan tadarrus bersama sahabat yang lain.

 Malulah aku..
Pelajaran seringkali ku tinggalkan dengan beralasan terlalu "sibuk" dengan gerak kerja.
Qiamullail ku hampir tidak ada, mujahadah ku semakin hancur. Selimut itu lebih enak daripada bersujud, merintih di hadapan Allah.
Subuh ku pula ibarat subuh gajah sahaja, hanya buat sekadar untuk menunaikan tanggungjawabku sebagai mukallaf.

"ALLAH NEVER PROMISE THAT LIFE WOULD BE EASY, BUT HE PROMISE TO GO WITH YOU IN EVERY STEP OF YOUR LIFE"
Hikmah Kehidupan,
Hari ini aku sedar aku ini hanya insan yang lemah.
Hari ini aku mengerti mengapa bukan aku insan yang terpilih.
kerana mereka tidak pernah alpa,
kerana mereka cukup disiplin dalan menjaga hubungan dengan ALLAH.
kerana mereka yakin kebergantungan mereka hanya pada Allah SWT, tidak pada yang lain..

Dalam Kesibukan mengejar Dean'sList, Aku juga mahukan Deen'sList.
Saya, awak dan mereka juga mahukan Deen'sList


Puas "kena marah"? Itu tanda ada yang masih SAYANG.

1 comment:

moga sentiasa dibawah rahmat illahi! =)

"Berikanku kesempatan untuk membalas segalanya agar kau tak kecewa untuk kali yang ke dua."


"Berjanjilah Duhai Hati."