Saturday, January 7, 2012

~Inspired Me.~


Kakak :Dah solat maghrib belum?
Adik :Belum baru lepas mandi.
Kakak :Jom solat sekal
Adik :Ok! (spontan)
(Selepas solat, kakak terus mengambil alQuran menyambung bacaannya semalam. Kemudian, adik datang sambil membawa senaskhah alQuran dan duduk di sebelahnya. Kakak tersenyum melihat adik.. )


Kakak :Eh dah siap nak keluar ke? Akak tak siap lagi ni.
Adik : Takpe, adik nak guna computer kejap.
Kakak :erm, Adik pergi solat dhuha dulu. Minta diperluaskan rezeki.. Kan kita nak celebrate besdah adik ni.. Hah, Doakan akak sekali.. mana tau akak dapat banyak duit lepas ni. Boleh beli Galaxy Tab.. (memberi cadangan tetapi tidak memaksa..)
Adik :Tidak memberi respons. berat kaki melangkah terus masuk ke bilik..

~15 minit kemudian~
Kakak : Jom! akak dah siap.. Solat dhuha dah?
Adik :dah.

---

Kakak menulis surat kepada adiknya. Semoga adik perasan akan kehadiran surat ini dan membacanya.

"Buat adik yang kakak sayang kerana Allah.. Sejak akhir ini Kakak perasan akan perubahan diri adik. Kakak rasa pelik dan hairan pada mulanya. Adik ikut semua cakap kakak.. Mengikut arahan tanpa merungut. Adik dengar cakap kakak. Kakak suruh solat. adik pergi solat.. Kakak minta tolong angkat kain, adik buat. Kakak suruh offline.. adik offline.. Yang paling best.. ingat tak masa kita solat berjemaah tu. Selepas solat.. adik terus mengambil quran. mengaji bersama kakak tanpa dipaksa. tak macam selalu la. . Kakak minta maaf sebab selalu menyusahkan adik.. Selalu suruh macam ².. buat itu.. buat ini. Kesian adik... hehe.. Sebenarnya kakak saja nak test adik.. menguji kesabaran adik. MasyaAllah, adik memang superb! Ternyata adik memang sabar dan buat dengan baik.. Terima kasih sebab sudi jadi Bestfrenz kakak untuk dua minggu ini. Terima kasih sebab dengar cakap kakak. Selalu tolong kakak. Adik memang terbaik.. kakak bersyukur sangat. Kakak harap semoga adik istiqamah di jalan ALLAH. . Jaga diri jaga Iman. Salam sayang buat adik.. Nanti kita masuk syurga sama² ye.."
Thanx Allah for everything.
"Ya Allah peganglah hatinya.. peliharalah imannya. Sesungguhnya,Aku tidak mampu menjaganya.. Aku hanya seorang kakak yang fakir, lemah lagi hina.. Kadangkala cuai dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah kau amanahkan kepadaku.. Aku benar ² mencintainya semata-mata keranaMu ya Allah.. Pertemukanlah kami di Jannah Mu kelak. amin.."
DOa Rabitah pengikat hati..❤ ツ




No comments:

Post a Comment

moga sentiasa dibawah rahmat illahi! =)

"Berikanku kesempatan untuk membalas segalanya agar kau tak kecewa untuk kali yang ke dua."


"Berjanjilah Duhai Hati."