Saturday, November 26, 2011

Menjelang "Tahun Baru" ini aku mempunyai permintaan yg agak pelik... Terasa diri ini terlalu "demand".. meskipun tidak mustahil akan berlaku tapi aku kurang pasti akan probability untuk aku mendapatkannya.. walaubagaimanapun usaha itu perlu! terus berdoa.. dan berdoa.. semoga Allah berikan yg terbaik.. insyaAllah ameen..

Meluangkan masa bersama keluarga, diri ini terasa sedikit lega.. beban di"belakang" yang ku galas selama ini terasa semakin ringan.. kekosongan di hati ini benar² terisi. wajah ceria kalian mengubat kerinduanku.. Terimakasih..ツ
Penat. Sakit. terseksa. Luahan hanya sekadar meniti di bibir. Bukan bermaksud untuk mengeluh. Bukan juga bermaksud aku tidak Redha. hanya sekadar monolog yg kosong.. ya, kosong! Semoga ada yg mengerti maksud ku ini. Teruskan usaha duhai diri.. Jangan pernah kalah. Sudah jauh kau melangkah.. teruskan perjalananmu.

Sejenak mengimbau kembali sejarah hitam putih yg semakin jauh berlalu pergi.. terlalu banyak yg telah ku rasa. terlalu banyak yg telah ku redah! Tanpa ku sedari sudah semakin hampir aku denganNYA.. terus menghitung hari.. Memasang impian setinggi mungkin.. Layakkah Aku? Terus berazam semoga aku dapat berjumpa denganmu ya Rasulullah.. semoga aku dapat bertemu denganMu ya Allah.. insyaAllah.


Terimakasih kerana meminjamkan waktu lapangmu.. sayang.. ❤
Semoga Allah mmberkatimu selalu.. ツ

No comments:

Post a Comment

moga sentiasa dibawah rahmat illahi! =)

"Berikanku kesempatan untuk membalas segalanya agar kau tak kecewa untuk kali yang ke dua."


"Berjanjilah Duhai Hati."