Monday, October 17, 2011

“Air yang tidak mengalir (statik), akan merosakkan air tersebut. Pemuda yang banyak masa kosong (tidak dinamik), akan dibunuh oleh masa kosong itu” (pepatah Arab)
Visi&Misi |Misi Pengaman|: Semoga misi dan visi dapat diteruskan dengan jayanya. InsyaAllah. Nampaknya Pengisian Kerohanian lebih mendominasi "jadual".

Sejujurnya perasaan terkilan dan sedih itu masih berbekas di jiwa sampai sekarang. Perlukah saya berundur ke belakang? Perlukah saya hentikan langkah? Perlukah saya menukar arah dan mulakan dengan langkah yg baru? Sayangnya untuk melepaskan jalan yg satu ini. Tapi masih terkilan kerana tidak memilih jalan yg satu lagi.
Sedih terpaksa memilih satu antara dua. Alangkah indahnya, sekiranya saya tidak perlu disuruh untuk memilih. Alangkah indahnya kalau saya mampu memilik kedua²nya!

Sesungguhnya saya benar² terkilan dengan pilihan ini!
"Ya Allah. hilangkanlah kesedihan ini. Gantikanlah ia dengan lebih baik."
...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)
Semoga "Misi Pengaman" ini dapat menjadi pengganti kesedihan di hati kerana tidak memilih "jalan itu"! insyaAllah.
Perancangan Allah yang terbaik! kerana sesungguhnya Allah adalah sebaik² perancang.
Allahumma yassir wa la tu'assir ~

No comments:

Post a Comment

moga sentiasa dibawah rahmat illahi! =)

"Berikanku kesempatan untuk membalas segalanya agar kau tak kecewa untuk kali yang ke dua."


"Berjanjilah Duhai Hati."