Saturday, September 10, 2011

Saban hari..
terus memerhati daripada jauh.
Otakku kusut. fikiranku buntu.
jiwa terasa kosong. Kadangkala memberontak! terus mendesak diri! jiwa ini perlukan pengisian. jiwa ini perlukan makanan! jiwa ini mendesak untuk di isi sesuatu!
Memori masa lalu sentiasa menjadi igauan .. kadangkala membuat ku menangis.. dan kadangkala juga membuat tersenyum sendirian.
betapa aku terlalu mendambakan kasih sayang manusia, sehingga terlupa pada YANG SATU.
Jiwa seorang remaja. Naifnya ketika itu. Terasa jauh daripada rahmat TUHAN.

Revolusi.TAJDID.
HIJRAH! Kerana CINTA. maka Pengorbanan menjadi taruhan.
"Bumi itu" menjadi saksi. perjanjian ku dengan AllaH.
Hati kecilku kadangkala merintih, sendirian. rindunya ku pada tempat itu..
Sangat² rindu.

"Malam itu" juga menjadi saksi, tangisanku, gentarku, rinduku, kecintaanku, hanya untukMU ALLAH. ALLAH yang satu.
bersendirian bersama ALLAH. Menenangkan jiwa. Jiwa terasa tenang. Terasa sebak, syahdu.
"dah lama tak rasa macam ni.." rindu.

Mujahadah.
Semoga istiqamah!
Lancar mulut berbicara. tapi ujiannya, dugaannya. ALLAH sahaja yang tahu.
Terus berMujahadah
"Bersabarlah duhai hati.Hatiku terus membisik memujuk diri.
jalan menuju ke SYURGA memang sukar, beronak duri, pahit!
Bukankah SYURGA itu MANIS."

Berbicara tentang ukhuwah, persahabatan,
tak mampu aku nafikan. rindu dan sayangku terhadap sahabat² perjuangan sangat mendalam. Kadang² boleh terseksa jiwa.
DOA Rabitah menjadi pengikat antara kita. Menjadi SAHABATKARIBKU yang PALINGSETIA saban hari.

Senyuman nakal tak pernah lekang di bibirmu.
Senyuman yang senantiasa ku nanti²kan. Senyuman yang ku rindu.
sikapmu menyenangkan hati sesiapa sahaja.
Sahabat, saya rindu. *Masih wujudkah? atau sekadar fantasi?


belajar daripada pemerhatian. tak semudah di sangka.
Manusia pelbagai ragam. segala macam rencah,
Buat aku berfikir berkali².. untuk "memasang cita²" mempercayai manusia 100%!
Peringatan dan peringatan terus menerjah ruang minda.
Bergembiralah duhai hati, Dunia ini terlalu hina untuk ditangisi.
Simpanlah rahsiamu itu!

sesekali berbicara pada diri.
Duhai hati!
Bagaimanakah kamu masih mampu tersenyum dengan situasi begini!
tabahnya kamu!

"Sesungguhnya keyakinan ku hanya pada ALLAH yang satu! cukuplah."
Perancangan daripada ALLAH sangat hebat. Hebatnya ALLAh mengatur rentak hidupku.
tanpa kusedari. Aku sudah berada di sini.
Berdoa dan terus berdoa.
Semoga aku diri ini dekat padaNYA. Memperbaiki diri. berusaha Menjadi "Sahabat" yang terbaik. Berusaha meraih redha dan syurgaNYA.
SAYA Mencari TEMAN menuju syurga.❤
SALAM MUJAHADAH.ツ
CAKNA UMMAH !
Hebatnya penangan RINDU dan CINTAMU ya ALLAH.

No comments:

Post a Comment

moga sentiasa dibawah rahmat illahi! =)

"Berikanku kesempatan untuk membalas segalanya agar kau tak kecewa untuk kali yang ke dua."


"Berjanjilah Duhai Hati."