Friday, July 22, 2011

2 KALI tak cukup ! mana mungkin cukup. --'

Aku bimbang.. saat ku mula merasa kemanisan IMAN.. ujianMU datang mengujiku...
Aku bimbang.. Aku takut.. aku tidak mampu menghadapinya... dan yang paling aku gentae perasaan Takbur dengan IMAN mendominasi diriku... andai kata aku hampir rebah.. andai kata aku goyah.. aku mengharapkan pertolongan sahabat2.. seperti KAMU... Ingatkan aku dengan JANJi-janji ALLAH!. Berikanlah aku PERINGATAN! Bimbinglah aku..supaya aku tidak lari daripada landasan yg sebenar..

Mana mungkin, aku mampu hidup bersendirian. tanpa mengharapkan pertolongan sahabat2 seperti KAMU.. Sahabat yg dikirimkan Allah untuk membimbingku.. Andai kata aku sedih.. Ingatkanlah aku.. dengan janji manis Tuhan.. Ingatkanlah aku.. Dunia ini terlalu HINA untuk ditangisi...

Mana mungkin aku mengakui, bahawa aku sudah BERIMAN! Mana mungkin aku mampu memberi jaminan, bahawa IMAN ku sudah terlalu kukuh, terlalu tinggi untuk berjumpa dengan ALLAH kelak. Sedangkan ALLAh telah berfirman:

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,"Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?" [29:2]

"dan sungguh, kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka ALLAH pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta." [29:3]

dan Adakah aku benar-benar telah diuji.. dengan Sehebat-hebat ujian?

"Jangan SEDIH, Jangan TAKUT.. Sesungguhnya kamu adalah orang yg berdarjat tinggi di sisi ALLAH.. sekiranya kamu BERIMAN !"

No comments:

Post a Comment

moga sentiasa dibawah rahmat illahi! =)

"Berikanku kesempatan untuk membalas segalanya agar kau tak kecewa untuk kali yang ke dua."


"Berjanjilah Duhai Hati."