Monday, July 31, 2017

Bismillah.

Bila dah bertahun-tahun terlibat dengan dunia grafik media ni, secara tak langsung kau mulai 'pandai menilai'.

Kau tahu kalau design tu asli ke, ciplak atau ambil template freepik edit semata. Kalau video, pejam mata kau boleh tahu dah dia guna software apa, level kepakaran nya lagi ; beginner atau expert

Ibarat sekilas melihat ikan di laut , sudah tahu jantan betina.

.

Barangkali itu lah perasaan guru dan pensyarah kita, saat mereka menilai hasil kerja 'assigment' dan 'thesis' kita.

Sudah banyak makan garam.

Sekali pandang dah boleh agak, anak muridnya jenis macam mana. Hasil kerjanya sama ada usaha sendiri,  atau layak dibakul sampahkan. Pandai 'Copy n paste' semata atau panjang akal sikit dia  google, direct translate dan edit2 sikit.

Kerana kasih sayang nya, guru tetap toleransi. Sentiasa memaafkan. Mendoakan yang terbaik buat anak-anak pelajarnya, mudahan mereka berubah.

Namun, sejauh mana kita mendoakan--
menghargai jasa dan bakti mereka?


-AiniAfifahMSY.eLsyaheedah-
Muor, Joh0r
O111 010817

Tuesday, March 28, 2017

Bismilah,

Aku ni tak pandai tulis panjang-panjang.
Idea dan mood ada, tapi tak terzahir dengan kata-kata,

Aish. --'

Semoga blog ni perlahan-lahan jadi tempat aku asah penulisan.
Jalan teruih.


Sunday, March 12, 2017

Malam itu seperti biasa, kau hadir ke dalam mimpi ku lagi.

 Di dalam mimpi itu, Aku memelukmu erat sekali. Pelukan itu cukup mendamaikan. Sukar sekali aku ingin melepaskan mu saat itu, seakan anak kecil yang takut kehilangan insan yang dicintainya.

Diam-diam, airmata ku telah pun membasahi pipi. Ingin saja aku terus lena dalam buaian mimpi indah ini. Berbual panjang denganmu, menceritakan kisah seharianku yang ada kalanya menyesakkan jiwa.

 Terjaga ku dari lena, masih ku terasa ketenangan dakapan eratmu itu. Betapa aku rindu susuk tubuh mulia itu..

 Tuhan satukan kami di syurgaMu.

Friday, March 10, 2017

Tuhan,
Telah aku selesaikan urusanku dengannya.

Selebihnya ke serahkan padaMu; 
Sebaik-baik perancang.

Friday, January 13, 2017

Terbang Tunduk

Tuhan, 
Jangan kau izin aku lupa.
Jangan kau biarkan aku mendepang dada.

Pasakkan hati pada kaki
Paksakan ku tunduk sehinggat mati..

AiniAfifahMSY.eLsyaheed
UIAM
"Berikanku kesempatan untuk membalas segalanya agar kau tak kecewa untuk kali yang ke dua."


"Berjanjilah Duhai Hati."